RON97 naik harga seposen lagi. begitu juga minyak tanah (kerosin). tp gua takdehal...
rasa nak tukar guna RON97 la pasnih. bayar semua saman speedtrap, parking dan sebagainya.. barulah kita boleh beri sumbangan besar pada negara.
Kalau boleh, tak nak naik gaji, tak nak bonus.. memang betul-betul macam warganegara cemerlang! :)
Then ada org bagitau..
kurangkan makan nasi. kalau dulu makan sepinggang, kurangkan setengah pinggan. ini dapat mengurangkan risiko obesiti.
Kita jugak patut kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian. Diabetes adalah penyakit yang sukar diubati. jadi pengurangan penggunaan gula adalah amat digalakkan.
Penggunaan kenderaan awam adalah amat-amat digalakkan, kerana kenderaan awam mempunyai bilangan pengguna yg ramai/sesak, dan dari situ anda boleh berkenal-kenalan dan mewujudkan perasaan muhibbah.. ini amat bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang dicanang dan amat-amat dituntut oleh kerajaan kita. Walaupun aku terpaksa bangun 3 jam lebih awal dan bertolak 2 jam lebih awal untuk ke tempat kerja, aku memang amat menyokong konsep dan tindakan ini, kerana inilah peluang yang terbaik untuk kita merealisasikan konsep 1 Malaysia. Setakat bertukar bas 2 3 jam tu tak mengapa, yang penting kita dapat sama-sama bekerjasama untuk menambahkan kemakmuran negara.
Bravo Malaysia!
P/S: Harga nasi putih sepinggan sekarang RM1.60 bagi ser\tiap bungkus...
No comments:
Post a Comment