aku tak pasti,
mungkin ia sebab aku cuma tengok dekat youtube...
mungkin sebab aku tak jumpa part 5/6, jadi cerita tu tak lengkap...
mungkin kerana review orang ramai yang kata cerita ni bagus sangat, gempak giler...
mungkin kerana kutipan filem ni paling tinggi pernah di catat filem melayu...
mungkin kerana harapan dan jangkaan aku untuk filem ini terlalu tinggi....
tapi, pada aku filem ni ok. tapi taklah terlalu astounding macam yang digembar-gemburkan
taklah buat aku rasa ni lah filem melayu paling best pernah aku tengok...
buat aku rasa meremang bulu roma atau nak tengok berkali-kali....
pada aku cerita ni biasa saja. ok, tapi taklah terlalu menonjol.
mungkin lebih baik dari segelintir (atau banyak) filem melayu yang ada, yang stereotype...
cerita dia boleh tahan, tapi, bukan la tak dapat dijangka.
paling mengecewakan bila akhirnya tak ada 'boom' factor..
dialog walaupun gangster tapi macam scripted sangat.
tapi, yang menyelamatkan filem ini antaranya zizan, aaron aziz yang super hunk, adi putra yang super cool...
syamsul is syamsul, what else to be expected.
kiranya untuk bintang aku bagi 3.5 /5 bintang (not bad & above average)
No comments:
Post a Comment