Saturday, August 20, 2011

Selamat Berpuasa 1423H

Salam Ramadhan,


Walaupun dah agak lambat, tapi baru hari ke-6 je puasa. Masih boleh bagi salam ramadhan lagi.
Semalam aku keluar buka puasa dgn.....

Okay,
Hari ni 20 Ogos 2011, bersamaan 20 Ramadhan. sesungguhnya aku dah peram lama giler citer Ramadhan 1423H ni sampai aku pun lupa apa yang aku nak tulis hari tuh.
Anyway, dah masuk hari ke-20 ni dah banyak kali aku makan berbuka puasa dekat luar sampai aku pun lupa.
6 Ramadhan - Manhattan Fish Market (with Aliya)
7 Ramadhan - Hometown Kopitiam & Ayam Penyet @ the curve (with Aliya, Luvis and Kamarul)
9 Ramadhan - Berbuka puasa @ Office (with org2 office) - kali ni mmg buat dekat office!
12 Ramadhan - Upin Ipin (with Radzwill, Jesmin & Razaini)
13 Ramadhan - Nando's (with Ain & Sanah)
14 Ramadhan - Kelip-Kelip Grill & Steamboat (yang menyebabkan sakit perut berhari-hari) (with divers Aliya, Cici, Luvis, Kamarul, Chip & wifey Diba)
17 Ramadhan - Ayam Penyet Express (with Sanah, lepas jalan2 jalan TAR dgn keta baru dgn Ain)
19 Ramadhan - Hotel Grand BlueWave (with Feeda, k.Ariza, Tina & Fiza) - ni client belanja.

cerita pasal makan sudah, terawikh pulak.
setakat tahun ni cuma beberapa kali je la yg aku dah buat terawikh dekat masjid.
kalau dekat rumah memang jarang-jarang-jarang sangat la aku buat sendiri.
dulu-dulu ada masa belajar, tp sejak kerja ni memang jarang sangat la. *oh, why i become like this?*
tapi yang untungnya bila rumah dekat dgn masjid, dekat sangat kalau nak pegi berterawikh secara berjemaah.

Sesungguhnya ramadhan kali ini membuka mata aku tentang banyak perkara. tentang apa yang aku tak pernah nampak sebelum ini. tentang orang yang aku tak pernah sangka sebelum ini, tentang isu-isu yang aku tak pernah terfikir sebelum ini.
Ramadhan ini la baru aku sedar tak semua yang kita lihat itu seperti yang kita sangkakan. Orang yang kelihatan baik tak semestinya baik, dan sebaliknya. Perkara yang jarang kita lihat sebenarnya banyak berlaku pada masa sekarang.
Dunia ini sudah tua, dan uzur.
Sudahkah kita bersedia dengan bekalan masa hadapan? Di kesempatan Ramadhan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan dan mengaut sebanyak mana pahala untuk bekalan masa hadapan. InsyaAllah...

Salam Ramadhan 1423H~
Ramadhan, datangmu dinanti, pergimu ditangisi...

No comments:

Post a Comment