Sunday, April 22, 2012

my luggage don't want to go back. it actually want to stay in Hong Kong

Caller: Hello. Ms Chuah Nordiana Busero ke? I'm calling from the airport
Me: ......err... yes..
Caller: You punya luggage dah sampai ni, jadi kita nak arrange hantar pegi mana ye?
Me: dah sampai ye? Bila boleh hantar? Bila boleh sampai? Hantar rumah PJ lah.
Caller: Ok, PJ ke? Baik kami akan hantar tengahari nanti.
Me: A'ah. Bila boleh dapat ye?
Caller: Hari ni, tengahari kita hantar.
Me: Boleh cepat sikit tak? Saya nak keluar nanti. Saya ada barang penting dalam tu!
Caller: Apa barang penting?
Me: err... berus gigi..

hehe.. ok ok aku tipu je part last tuh.
Tapi memang ada banyak barang penting dalam beg luggage aku. Paling penting, kunci rumah! macamana aku nak kuar masuk kalau takde kunci kan?


well, ini cerita betul.
Semalam adalah pengalaman delayed paling stressful yang aku lalui setakat ini.

Flight aku dari Shanghai pukul 12.25 tengahari.  Kami bertolak dari hotel pukul 9.30 pagi (9.40 sbnrnya).
Selepas pung pang pung pang camtu camnih, sampai dah check-in dekat airport shanghai, dan naik flight pukul 12.25 pm.


Dari Shanghai, flight yang sepatutnya bertolak pukul 12.25 delay sampai hampir pukul 4 petang.
Dalam flight duduk in the middle seat, takde makanan apa-apa. tak boleh bergerak. Bila flight akhirnya take off, dia bagi food option pork with rice or chicken with pasta. omg! apa nak pilih nih? mesti la takde apa2 so I was left with no option. Makan je the pasta without the chicken plus the carrot plus the peas. then there's some bread. and some fruit. and some desert.

Sampai Hong Kong kena gegas gegas lari pegi terminal 19 oh my! sebab terminal tu letaknya di hujung donia! penat sungguh berlari lari bila sampai punya la ramai beratur so kitorg duduk dulu. penat lari woooo!
Aku nampak kedai makanan so untuk mengelakkan perkara serupa berlaku, maka aku pun pergi cari sandwich. kedai kopi esp jual kopi harga 20 dan sandwich harga 26... sebab aku tak sempat nak tukar duit hong kong, jadi aku tanya the cashier boleh tak pakai credit card, tapi kan aku dah berjanji dgn diri sendiri untuk kurangkan penggunaan duit future tuh kecuali betul betul penting. lepas tu nampak duit yuan dalam tips, so aku tanya lady cashier tu lagi.
"Can I use Yuan?"
"Can but only in 100 and above, and we only return in HK dollars. is it ok for you?"
kebetulan dalam dompet magis aku cuma ada duit RMB100 x 3 je. jadi aku kata ok.
Beli smoked salmon sandwich dgn air juice sebab dahaga sangat berlari.

Dalam flight yang akhirnya kami berjaya naiki tuh, kena duduk in the middle between aisle seat and window seat. huhu... menyesal pulak tak ambik offer chuah utk duduk kat window seat.
Dalam flight, captain kata flight akan delayed lagi sebab busy air traffic. yelah, sebab bnyk sangat delayed semua kena tunggu semua org lain, dan bila nak fly dah congested la jadinya.

Akhirnya pukul 7.30pm kitorg berjaya take off meninggalkan bumi hong kong yang aku cuma berjaya pijak airportnya. Hujan masih turun dengan agak lebat. bumpy ride all the way.
Ada sepasang couple mat salleh depan kitorg yg aku tak pasti dr mana atau nak ke mana, tapi dia tanya diorg sempat ke nak sampai KLIA sebelum pkl 10 sbb diorg ada another flight to catch at 10.30pm at KLIA. pity pity. mesti la tak sempat punya.

Ok, to cut short the story at the momment, kitorg sampai KL dalam pukul 11.00pm dan aku terus je keluar tak sempat pun nak cakap bye bye kat Chuah sebab dia dok tepi sekali susah nak kuar aku kena kuar bagi org jalan dulu baru dia  oleh bangun amik beg.
Sampai KLIA, aku baru tau beg aku tak naik flight dari Hong Kong dan akan naik the next flight. marah betul! Then bateri handphone abis, handphone satu lagi dalam luggage dan aku baru ingat kunci rumah juga dalam luggage! oh no! macamana... kena sambung bahagian lain pulak...


No comments:

Post a Comment